Apa Itu Gambar Stock/Stock Foto?
Secara lisannya, kebanyakkan orang memanggilnya dengan panggilan Stock photo, stock image, gambar stock, dan lain-lain yang membawa maksud yang sama. Oleh itu, sebahagian orang ada seleranya masing-masing dalam memberi gelaran dalam bidang ini.
Sekiranya anda seorang grafik designer atau dalam bidang kreatif, atau anda memerlukan gambar untuk digunakan untuk beberapa tujuan/projek, inilah gunanya stock. Stock Image merupakan sumber utama yang terbaik untuk mendapatkan satu-satu gambar yang kita perlukan dalam bentuk kualiti yang baik dengan harta yang sangat murah, cuba anda bayangkan anda seorang peniaga burger digerai, nak mempromosikan burger anda memerlukan gambar burger yang berkualiti tanpa hire juru foto, entah berapalah pula kos nak hire fotografer untuk satu sessi, boleh cecah RM300. Jadi, option lain ialah cari gambar dalam stock agensi. Gambar stock satu pilihan yang sangat tepat untuk mencari bahan-bahan design untuk tujuan design dan pengiklanan, untuk kenaikkan pangkat, ucapan-ucapan perayaan, persendirian ataupun untuk tujuan komersial, percetakan, blog, berita, website dan banyak lagi.
Untuk anda yang mencari gambar-gambar stock, anda boleh klik sini.
Anda seorang juru foto? videografer? atau pereka design dalam vector illustration? Dan berminat untuk menjadi salah seorang contributor? Boleh sign up atau daftar disini -->Klik sini<--
Jadi, tujuan entry ini ditulis, sebenarnya nak jemput para designer, fotografer, videografer atau apa saja yang berkait dalam bidang kretif ini untuk menjadi salah seorang contributor stock image ini, bidang ini boleh menjana pendapatan sampingan, malah boleh sampai tahap, menjana pendapatan tetap setiap bulan.
Gambar di atas ni adalah pendapatan saya sejak saya mula menyertai stock agensi iaitu pada tahun awal 2017 sehinggalah sekarang. Ingin saya ingatkan, ini bukan sesekali program bersifat MLM, money scamming, atau apa-apa saja bentuk penipuan yang berleluasa di internet. Saya jamin, ianya selamat. Modal? Anda tak perlu keluarkan modal, cukup hanya gear yang anda ada ditangan iaitu smartphone, kamera(bonus) dan ilmu dalam kreatif. Oh ya, masa juga merupakan modal untuk menceburi mikrostock ni. Mudah je.
Cukup setakat ini dulu entry kali ni, Semoga entry ni ada manfaatnya. Terima Kasih kerana membaca.
Ulasan
Catat Ulasan