Pengenalan : Penubuhan blog Safwan Rahman Photography



Assalamualaikum warahmatullah. Salam sejahtera. Ini merupakan entry pertama saya untuk blog Safwan Rahman Photography. Firstly, pengenalan bagi penubuhan blog ini adalah untuk menerbitkan serba serbi portfolio saya sebagai jurufoto freelance.

Namun, tujuan utama blog ini dibuat adalah untuk berkongsi ilmu-ilmu setakat yang saya ada mengenai dunia mikrostok atau dalam inggerisnya 'Microstock'. Saya bukanlah orang yang hebat dalam bidang ini, cumanya tak salah untuk berkongsi ilmu ini dengan orang lain setakat mana yang saya mampu. Doakanlah supaya saya istiqomah dalam menulis perkongsian ini.

Disamping berkongsi ilmu mikrostok, saya juga akan berkongsi (kalau rajinlah) pendapatan saya setiap bulan dan konten apa yang terjual di stok stok agensi. Tujuan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tunjuan berkongsi ini adalah untuk anda para pembaca untuk membuat rujukan, idea-idea dan juga semangat untuk terus konsisten dalam contribute di agensi stock.

Ulasan