Banjir paling buruk dalam sejarah melanda Selangor

Selangor sering dikaitkan dengan katiadaan bekalan air, namun lain pula ceritanya apabila hujung tahun 2021 berakhir dengan tragedi banjir kilat terburuk dalam sejarah. Ditambah pula fenomena air pasang besar berlaku di kawasan Pelabuhan Klang, dan Kg Telok Gong merupakan kawasan yang paling terkesan dengan fenomena air pasang besar. 





Menurut MET Malaysia, air pasang setinggi empat meter melanda perairan kawasan Klang, menyebabkan air tidak boleh keluar ke laut berkemungkinan kawasan Klang banjir tidak akan surut dan ada kebarangkalian menjadi lebih teruk.


Sebanyak 20 kawasan di Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan, kawasan lain yang turut terkesan seperti Bandar Botanic, Buki Tinggi, Bandar Sultan Suleiman, Pulau Indah, Pandamaran dan Telok Gadong.






Sementara itu, paras air 14 sungai di Selangor mencapai paras bahaya menurut Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air.




Menerusi laman web rasmi Public Infobanjir, tahap bahaya direkodkan di Sungai Ampang, Kampung Lembah Jaya Utara, Hulu Langat; Sungai Bernam, Jambatan SKC, Hulu Selangor; Sungai Bernam, Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor; Sungai Binjai, Pekan Meru, Klang; Sungai Klang, Taman Sri Muda, Klang; Sungai Rasau, Tugu Keris, Klang; Sungai Langat, Bukit Changgang, Kuala Langat.





Ulasan