Mencari Ketenangan dengan berlari - pengalaman newbie jogging - ep1
Sebagai pengenalan, saya mulakan dengan sejak bila saya aktif dalam hobi larian ini. Ya larian sekarang dah menjadi trend hobi dimasa lapang, itu merupakan satu bentuk aktiviti yang bermanfaat untuk diri kita ya. Alkisahnya pada tahun lepas, iaitu tahun 2021 dimana tahun saya berkahwin. Saya berkahwin pada akhir disember 2021, so seawal 4 bulan sebelum tarikh itulah saya pasangkan azam untuk kempiskan perut disamping saya nak menjaga kesihatan saya. Sejak saya berkerja di pejabat, saya sedar yang saya memang dah lama tak aktif, makan, tidur, and repeat. Sejak dari itulah saya pulun, hampir setiap hari angkat kaki pergi gym. angkat besi. Kali terakhir pergi gym masatu tahun bila saya pon tak pasti, tapi lebih 5 tahun juga la tak jejak kaki ke gym sejak graduasi. Sejak dari itulah otot saya sakit sakit, biasalah bila tengah semangat nak kuruskan badan ni memang sembrono je pergi gym tanpa ilmu. so selama tiga bulan sebelum saya kahwin tulah saya ulang alik pergi gym. Seminggu 4-5 kali pergi gym untuk training. Jadi sepanjang tempoh tu, badan saya ada juga nampak sedikit perubahan, nampak otot sikit timbul dari biasa cuma perut saya masih lagi tak kempis-kempis, Oh disamping saya pergi gym, saya juga jaga makanan ye, diet ikot kalori defisit, hampir tiap hari makan dada ayam, sebab dada ayam antara makanan yang kaya dengan protein selain telur.
Lama lama, saya sedar yang saya ni bukan orang yang banyak duit untuk hari hari pergi gym, mungkin orang akan kata, kenapa tak subcribe gym sebulan terus? Yelah, sebenarnya saya pon pernah terfikir benda ni, untuk saya, tak berbaloi. Ini untuk saya ye, saya tak pertikaikan kalau korang nak subscribe gym ikot pakej yang korang affordable. Itu terpulang korang, saya tiada niat nak downkan korang punya motivasi pergi ke gym. So akhirnya saya decide untuk fokus kepada larian, dalam hobi larian ni sebenarnya panjang pengalaman saya, untuk episod kali ni, saya kongsikan pengalaman masa mula mula saya berjinak dalam larian.Sepertimana tipikal newbie, kalau korang sebagai orang yang baru nak berjinak dalam jogging, apa yang korang nampak, apa yang korang tengok terhadap orang yang hari-hari jogging ni? Tak pernah miss update atau upload result dari Strava. Betul tak? Haa, macam tu lah saya dulu punya excited nak try uplod result larian dari strava ke social media yang ada, mula mula lari tu, result takdalah bagus sangat, so segan lah nak upload kan. Kau bayangkan kau lari baru 200M lebih kurang dalam 5-6 minit dah pancit minta nyawa beb, masa tu saya mula terfikir macamana kawan-kawan kita upload dari Strava tu main 5-10KM dengan Pace 8,7,6,5 pergh. Result yang saya dapat masa saya mula mula lari bulan 11 tahun lepas pace 11, berlari sejauh 5KM dalam masa sejam wei, ni berlari ke berjalan? hahaa. Alhamdulillah sekarang saya makin improve, Pace 9 untuk larian malas-malas, paling perform pace 7. Saya masih lagi belajar sampai sekarang, dan masih lagi buat training untuk kawal Heart Rate saya, InsyaAllah doakan saya. Perjalanan saya dalam latihan larian ni sangat sangat memberi impak yang sangat besar dalam hidup saya. Key dia kat sini ialah kesabaran. Sepupu saya nama dia haziq, dia kagum dengan dia sebab dia berlari dengan pace 5-6. Saya memang jeles dengan dia, walaupon dia dah hebat macamtu dia sanggup beri tunjuk ajar kt saya untuk improve larian walaupon takde lah jumpa bersemuka, rumah dia jauh sangat tu kt setapak saya kt Jalan Klang Lama, walaupon masih dalam Kuala Lumpur tapi jauh sangat lah, susah nak berjumpa. Hahaha. Apa pon terima kasih kepad rakan-rakan yang sudi tunjuk ajar sama ada secara langsung ataupon secara tak langsung, dan yang kondem pon ada haha. Serius ni guys, saya ada satu orang yang follow fb saya, saya tak friend pon dengan dia, bila saya upload result larian saya pace 9 macam tu, orang lain komen elok je, "keep it up" lah, "mantap" lah yang positif positif la komennya, tiba datang sorang mamat ni komen, "up speed ckit pace under 8min" haha hey bro, tak rilek la komen macamtu, bukan saya tak menerima kritikan, saya terima kalau cara larian saya salah atau teknik pernafasan ke, ada je orang tegur macamtu sebelum ni saya terima je, komen yang ni saya macam tak boleh lah, bila saya tengok profile orang yang komen tu, takda aktiviti larian atau berbasikal pon dalam profile feed dia. Kelakar lah. Saya bukannya tak boleh nak up speed pon, boleh je, cuma dia yang tak faham training apa yang saya buat, adakala saya buat recovery run, easy run, takkan easy run pon nak kene pecut. Okay, enough mengumpat pasal mamat ni, haha eh saya tak mengumpat eh, saya tak sebut nama okay. Sepanjang saya menceburi hobi larian ni, saya sentiasa cari maklumat, belajar benda baharu dan saya praktikkan dalam larian saya.
Macam saya sendiri, saya pakai Apple Watch dalam larian dan kegunaan harian saya. Overall, memang awesome la jam ni kecuali pada bateri dia. Ofkos saya akan mengeluh pasal bateri, sebab jam ni tahan untuk sehari je. letih la dalam bab nak mengecas bateri jam tu. Okay berkenaan dengan perkara baharu yang saya belajar dalam running atau training ni. Dalam seminggu, sekurang-kurang saya perlu berlari 3 kali seminggu. Tiga jenis larian yang mesti ada dalam perancangan larian korang, iaitu recovery run atau easy run, yang kedua speed training dan akhir sekali long distance run. Ini cara saya lah, lain orang lain cara dia, ada orang yang jadikan MAF training sebagai training wajib, ya kadang-kadang saya pon buat MAF training. Recovery atau easy run ni senang je, iaitu berlari dengan kelajuan yang perlahan, dah nama pon easy, so larian korang menggunakan effort yang rendah, mudah nak bercakap ketika sedang berlari, even kalau korang nak selang selikan dengan berjalan pon itsokay. Speed training pon perlu juga untuk jarak yang pendek, sebagai contoh kalau korang ikuti Nike running Club punya training, kalau untuk speed training mesti dia limitkan untuk 10Minit, maximum pon 30 Minit atau 3KM sahaja, speed training ni pon banyak sebenarnya jenis jenis larian, ada interval, ada fartlek dan sebagainya. ikot kesesuaian koranglah. dan yang akhir sekali long distance run. Ini biasanya saya buat hari minggu, sama ada hari Sabtu atau Ahad, at least saya berlari 8KM, kalau rase tak puas saya lajak 10KM hingga 15KM.
Okay, saya rasa cukup sampai sini dulu perkongsian saya untuk episod kali ni, insyaAllah, kalau saya ada masa akan datang, saya akan berkongsi lagi, kalau korang suka dengan perkongsian saya sama ada dalam blog saya atau podcast saya, jangan segan silu tegur saya di Twitter @safibnrahman atau di Instagram @msafwanrahman Semoga kita berjumpa lagi di podcast seterusnya insyaAllah. Assalamualaikum
Seronok rasanya bila dah kembali berlari selepas dua hari rest. Aduh. Dua hari macam dua minggu. pic.twitter.com/XGI0NWjxHQ
— Safwan Abd Rahman (@SafIbnRahman) February 24, 2022
Ulasan
Catat Ulasan