Mencari Ketenangan dengan berlari - pengalaman newbie jogging - ep1
Pertama sekali saya ambil peluang ini untuk ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini atau mendengar podcast ini. Untuk episod kali ini saya teruja nak berkongsikan kepada anda semua, pengalaman saya berlari atau perkataan yang selalu kita dengar ialah jogging. Kalau berlari ni umum sangatkan bunyinya, lari dari tanggungjawab, lari dari masalah ataupon berlari dari realiti kehidupan. tapi untuk perkongsian saya ni, saya nak ceritakan progress atau pengalaman saya sepanjang aktif dalam larian atau jogging. Sebagai pengenalan, saya mulakan dengan sejak bila saya aktif dalam hobi larian ini. Ya larian sekarang dah menjadi trend hobi dimasa lapang, itu merupakan satu bentuk aktiviti yang bermanfaat untuk diri kita ya. Alkisahnya pada tahun lepas, iaitu tahun 2021 dimana tahun saya berkahwin. Saya berkahwin pada akhir disember 2021, so seawal 4 bulan sebelum tarikh itulah saya pasangkan azam untuk kempiskan perut disamping saya nak menjaga kesihatan saya. Sejak saya ber...